Showing posts with label SPA 9i medical grad. Show all posts
Showing posts with label SPA 9i medical grad. Show all posts

Tuesday 17 May 2022

STEP ISI SPA 9i MEDICAL GRADUATE 2022

         Assalamualaikum guys, 


Okay post ni sambungan from previous post about mmc merits, READ HERE

so kalau korang dh lepas dapat SPA letter, boleh baca guide ni.  Let's go!


1. Link SPA9i https://spa9.spa.gov.my/login

2. Klik pendaftaran pengguna

! Isi semua berkaitan

!Email kalau boleh yang memang selalu guna, and jangan tetiba lepas daftar nk guna email lain sebab tawaran untuk dapat isi Eho later akan diemailkan.


Spa for medicao graduate
                                                            (Klik untuk besarkan)

3. Part biodata
Part ni isi je macam biasa data peribadi. 

!Part pusat temuduga ujian khas, pilih je tempat paling dekat dengan rumah ( jangan risau takde interview pun, zaman dulu je tak tau apa releven nya) 

4. Maklumat kelayakan akademik
PMR- Isi semua mata pelajaran, tekan tambah untuk tambah mata pelajaran

SPM- Pilih tahun, tekan butang hijau nanti automatik akan keluar result, dia dah link dengan
lembaga peperiksaan malaysia

Pengajian tinggi: Ni part degree
                            CGPA letak 0 ( uia guna pass n fail sahaja, pihak spa kata Uni guna sistem ni, letak 0)
                            Peringkat pengajian: Ijazah sarjana muda
                            Peringkat kelulusan: Sarjana muda dlm bidang professional
                            Institusi: Universiti islam antarabangsa
                            Francais luar negara: Tidak
                            Pengkhususan: Perubatan dan pembedahan
                            Nama sijil: Bachelor of medicine and bachelor of surgery
                            Tarikh sijil/ kelulusan senat: Tarikh dapat scroll ( confirm dgn univ- ni ada isi juga                                   kan masa merit mmc)
    

5.Kelayakan badan professional/ikthisas
Nama sijil: berdaftar dengan majlis perubatan malaysia
(yang ni ada tiga pilihan berdaftar dengan, berdaftar sementara, layak berdaftar)
Tak kisah, tiga2 diterima!

Tarikh keahlian: Tarikh ikut yang dalam surat mmc: yang dpt spa letter tu
SPA letter :  Isi spa letter korang tu. Huruf T termasuk

6. Maklumat pegawai sedang berkhidmat
Tekan tidak

7. Maklumat bekas tentera: 
Jawab tidak

8. Maklumat bukan akademik:
kebolehan bahasa, bakat, sukan

Isi je mana berkaitan, kalau takde takde je la😂

9. Penerima bantuan
Isi kalau berkaitan

10. Jawatan dimohon

Ada dua option ud41 dan ud43 
! Pilih ud41

11. Perakuan pemohon

12. Settle nanti keluar pdf

So nanti, kalau nak check tekan dekat "SEMAKAN PEMOHON" --> "STATUS PERMOHONAN SEMASA"

Apa yang korang tunggu: something like this


(klik untuk besarkan)

Dah boleh lega bila dah nampak latikan kontrak! 

Soalan: Yang tidak melepasi tapisan tu macam mana? Kenapa lepas latikan kontrak, tetiba ada tidak melepasi? 

Jawapan: Yang penting latikan kontrak tu ada, dah boleh bertenang! Yang lain tu ABAIKAN ABAIKAN! JANGAN GELABAH😂 Call SPA pun, dorang akan jawab benda sama okay.

So dah dapat latikan kontrak --> NOW TUNGGU EHO BUKA!
  
Ni time line spa saya:
Settle isi : 2 Mac 2022
Settle dapat latikan kontrak: 12 April 2022

Lama juga sebulan lebih harap bersabar! And tolong jangan ubah apa apa isi spa tu ye, nnti tarikh first isi akan updated ikut tarikh korang ubah detail isian spa tu. Lagi lama lah nk tunggu!


P/S : Mungkin by the time you guys baca ni, saya dah pun bekerja sebagai HO. Tolong doakan semoga hari saya dipermudahkan, buat kerja lancar, boss2 semua baik dan mengajar tak marah2. 

Manalah tahuu tiba2 korang doakan, hari saya bekerja sebagai ho harini tetiba yang paling best 😂

Okay, now lets baca pasal e-houseman (eho) kat SINI!
 
Bye!