Assalamualaikum!
Hi guys, post kalini khas untuk geng geng yang baru nak memohon lesen memandu 😂
Dan tengah mencari :
Tips lulus ujian komputer.
Lepas dah join ceramah kursus kurikulum yang wajib 6 jam tu, terus ke kaunter kata nak book untuk ujian komputer. Tak silap 4 hari lepas kursus, baru boleh amik ujian komputer.
Contoh, saya haritu kursus hari khamis, hari selasa depan baru boleh amik ujian komputer.
Kalau kat alor setar ni, ada dua tempat boleh amik ujian komputer. Satu dekat area Hospital Sultanah Bahiyah, haa satu lagi dekat Sahab perdana, kedai nama Rilek sign biru..
Hampa google ja tempat tu nanti😂. Saya amik kat Rilek ni ja dekat sikit.
Pertama sekali, tahu konsep ujian komputer ni.
Kena lulus 42/50.
Boleh repeat 3 kali. Lepas dah 3 kali pun gagal juga, boleh amik style bertulis pula.
Gagal bertulis tiga kali juga, boleh amik ujian lisan.
Nak repeat tu kena bayar tau. Tak tau la berapa ringgit. Laa soalan senang ja, tak payahlah bagi fail. Kalau nak bantu menjana ekonomi negara bolehlah dipersilakan fail😂
Kedua, tahu tips study ujian komputer ni.
1) Baca buku.
Kalau malas sangat nak baca buku, boleh tak pass? Bolehh tak ada masalah.
2)Hafal jawapan.
Sebab soalan dia sama ja. Kira macam soalan bocor la.
Mana nak dapat soalan?
1)Macam kat tempat aku daftar lesen memandu ni, dia ada website bank soalan.
Ada mode visitor dan student. Yang visitor, semua orang boleh jawab.
Yang student, yang daftar kat situ sajalah boleh ada password. Kalau tempat daftar korang tak sediakan, jangan risau. Ada alternatif kat bawah.
2) Buku bank soalan JPJ. Boleh dibeli RM5 kat kaunter pendaftaran.
Untuk yang suka study jenis kena ada buku, tak suka tengok komputer ka handphone, bolehlah beli. Kalau anda jenis sempoi je, tak payah belilahh, ada banyak kat internet free oopss😆
3) Free tu nak dapat mana? Download apps ni..
Selamat menjawab semoga lulus okay!
Tips sehari sebelum ujian komputer!!!!
Amik gambar background putih untuk buat Lesen L.
Kalau malas sangat macam aku, habis saja kursus 6 jam tu order shopee, bagi ja gambar, cari servise edit gambar lesen. Sebabkan aku order shopee, kena lah order awal.
Kalau rajin dan nak cepat, pergilah kedai naaa.
Hari ujian komputer
Bawa rm 30 ( Untuk daftar JPJ lesen L), rm 10 ( untuk ujian komputer).
Sampai saja kat pusat ujian komputer tu, dia akan amik gambar kita nak masuk dalam system, kena bayar rm10. Yang ni memang kena amik gambar on the spot, tak boleh bagi gambar kita ada tu.
Lepas tu jawab la soalan ujian komputer, siap awal boleh keluar awal, kalau yakin.
Dah dapat result ujian komputer. Korang pergilah pusat JPJ terus, settle buat lesen L.
Macam kat alor setar ni, korang kena pergi JPJ Suka Menanti.
Download sesiap apps JPJ EQ kat playstore, akak RElA tu kata sekarang dah memang amik nombor ikut apps tu ja.
Dia la yang tolong semua, terima kasih kak rela hiks.
Dah smpai JPJ, jangan lupa bawa gambar background putih, result ujian, IC, rm30. Boleh dapat terus lesen L hari yang sama.
Okay, dah dapat Lesen L. ada lagi nak settle ni. Penat, settle semua dalam sehari. Takpayah fikir dah😂.
Pastu, kena pergi semula kat tempat mula2 korang daftar lesen memandu tu haaa.
Kata kat kaunter, saya nak book untuk KPP 02. Bagi lesen L, bagi IC. Nanti dia tanya la, nak buat hari apa. Dah settle, tunggu la hari belajar memandu kat litar pula, yang korang book KPP02 tadi tu.
Sekian, goodluck guys semoga lulus!