Thursday 20 January 2022

STEP ISI BORANG MMC MERIT 2022 (MEDICAL GRADUATE)

 Assalamualaikum and hi guys!


Harini I nak share :

Step penting untuk medical graduates apply MMC 2021/2022

Lepas sahaja grad, you guys kena settle cepat all the outstanding fees, make clearance dekat U untuk dapat status grad. Contoh kalau UIA, kena settle kan library, mahallah, finance, compound. Semua tu kena status clear baru dpt status graduated.

 After that, cepat cepat uruskan untuk minta final transcript dan scroll. 

Sebabnya untuk isi merit ni, korang kena ada 

  • Tarikh final transcript 
  • tarikh dapat degree scroll.
*Tarikh atas ni korang boleh confirm dengan admin U masing2 sebelum isi. Kalau salah isi, susah kena bayar nak ubah.  But to have this too, korang kena settle dululah urus dapatkan transcript dan scroll tu.
 
Bukan tarikh je kena ada,  dokumen tu pun kenalah ada kan
  • final transcript
  • Scroll

Batchmate kitorang alhamdulillah dapat batch leader yang function, diorang yang push everyone untuk clearkan cepat2 clearance dan uruskan final transcript dan scroll. Sebulan juga since grad, baru settle semua orang dapat final transcript dan scroll ni untuk batch kitorang. Untuk UIA, kira cepatlah tu ehh dari kebiasaannya ๐Ÿ˜‚

Okay before that, korang mesti blur flow dia macam mana smpai la blh dpt HO. Macam ni okay

Make clearance U > Final transcript > Scroll > MMC > SPA > EHO>PTM> Hospital orientation > Tagging (HO)

So, batch leader kitorang tlg smpai dapatkan scroll untuk semua orang. From isi MMC and onwards adalah kerja individual. 

Ok dah faham flow, jom tgk isi MMC macam mana.

1. Download this two documents dalam google drive dan fahamkan. Ikut je step nya.


*Sekarang isi mmc merit dan spa semua online, takde perlu hantar hardcopy ke pejabat mereka. Itu system lama. Rasanya kalau ikut step dalam tu, korang dah boleh ikut. 

So bawah ni ada few Q&A yang kitorang tertanya tanya semasa nak isi, dan hope jawapan2 dibawah membantu korang juga untuk isi. 


2. QnA compilations

 Jawapan berdasarkan group tele "preHo info & learning group " dan juga  jawapan terus dari pihak mmc

* Kalau tak join lagi group tele, sila join dan share kat kawan2 yang medical graduate. 
Dalam ni ramai senior2 doktor, Dr Iliana dan lain2 yang membantu.





You guys can just search anything dlm tu, hampir semua jawapan persoalan anda akan ada. Because they too undergo the same process as you before. 

Jika nak verification lebih valid ke, atau tak jumpa dalam tele tu. 
You can contact directly number MMC

                                    0163264985  (Boleh je whatsapp, bahasa melayu pun boleh) Btw, number ni mmg untuk whatsapp je. Jangan call ye.

Okay, now let's go to the Q&A: 

Isu dokumen yang perlu diupload dalam MMC merits


1. Gambar passport putih atau biru?

-Jawapan pihak mmc: Dua2 boleh. Preferable biru. 

2. Original declaration form tu, yang satu helai tu saja atau include borang form 5?

- The only one page declaration form only




3. Bahagian supporting dokumen perlu ke? Atau yang mandatory sahaja. 

-Jawapan pihak MMC: supporting dokumen yang berkaitan juga perlu. 

So, ni list dokumen yang I sediakan untuk dapatkan pengesahan
(Versi local graduate, IIUM, with no medical illness)

1. Salinan IC (untuk bahagian mandatory dokumen)
2.Salinan Sijil SPM (untuk bahagian mandatory dokumen)
3. Salinan Final transcript (untuk bahagian mandatory dokumen)

4. Salinan Scroll ( untuk bahagian supporting detail number 5 ; certified copy of basic medical degree)
5.Salinan Surat dean letter habis study  untuk number 3 in supporting detail 
(Kalau uia, letter ni akan dapat sekali dgn final transcript)

+ original declaration form ( this one isi pakai tulisan tangan je)

*Apa maksud salinan here? All the dokumen like ic, scroll n all you guys scan, pergi minta sahkan from org2 yg boleh sahkan. Then, scan again the salinan with the cop and upload dkt akaun mmc tu. 

Why do I mentioned versi as above? Sebabnya oversea grad ada additional step, same goes kalau ada medical illness you need to have the medical records to be uploaded. 

Oversea grads boleh baca sini http://muujaaa.blogspot.com/search/label/e-HO . She graduates from Zagazig university, Egypt. 


Ingat ya, supporting dokumen pun kena. Ada kawan kitorang yg terhantar yang mandatory je, rupanya mmc nk yg supporting juga. Susah tau, nnti melambatkan proses korang. Once dah terhantar, takleh ubah selagi officer tu tak review suruh tambah.

Isu pengesahan dokumen MMC merits

1. Siapa layak untuk pengesahan dokumen?

-  Jwpan pihak mmc: Pegawai perubatan gred UD44 dan ke atas, pegawai kerajaan gred UD41  dan ke atas

2. Pegawai perubatan private boleh ke sahkan?

-Jawapan dari group tele tersebut : Private tak boleh. 

3. Boleh ke 2 cop dalam satu dokumen? Cop individu yang mengesahkan, dan lagi satu cop tempat bekerja. 

-Boleh. Kalau nak lebih confirm, boleh hntr contoh pada mmc tanya valid atau tak, sebelum upload.

4. Kalau takde cop ayat " salinan disahkan seperti asal" boleh tulis tangan ke? Atau cop sahaja valid?

-Jawapan MMC: Takde pun takpe. Tak perlu tulis. Yang penting cop pengesahan complete. 

Testimoni by saya, yes saya punya takde pun cop ayat salinan disahkan. Lepas sahaja dan lulus dapat SPA letter. Lagipun, MMC dah reassure saya awal2 tu, tak ada pun takpe. Yg penting cop lengkap. 

5. Kriteria cop dan sign yang complete mcm mana?

-Contoh dibawah. Takde poskod pun takpe. Yang penting ada nama, kalau dr kena ada mmc no, nama tempat kerja penuh, daerah dan negeri
-Yang cop saya punya dokumen, consultant OnG hospital, dia pun cakap mana ada org letak poskod๐Ÿฅฒ๐Ÿ˜‚


6. Berapa lama MMC approve untuk bagi SPA number?

-Jawapan dalam tele : Minimun one month. Can be more. Dia ada proses untuk direview oleh few jawatan smpai lah boleh dapat SPA number. 


So always check the status lepas dah hantar MMC tu, dan mohon bersabar. 

Flow saya sendiri:
27/1 : lengkap dan hantar mmc beserta dokumen semua
13/2: Quiry dari officer : minta betulkan buang koma dekat hujung address ( Rasa macam alahai small matter je kan, tapi dorang mmg detail)
14/2: Review by PT
18/2: Approved. Dapat SPA letter

Proses saya amik masa 23 hari. Kena check setiap hari, sebab tak semua orang smooth je flownya. Kalau ada kesalahan2, akan ada quiry dari officer. 

Dan tak semua orang sama duration untuk approve, ada yang tak smpai dua minggu pun. Dan mmc tak approve ikut turn ye. So if kawan korang isi lagi lambat, tapi dia approve dulu, tu perkara biasa. Redha je๐Ÿ˜‚

7. Antara kesalahan kawan2 yang melambatkan proses diapprove. Saya dah sebut kat atas juga, repeat again to emphasize. Korang boleh tgk, dan jangan repeat. Learn from us๐Ÿ™Œ

  • Tak isi supporting dokumen: scroll, dean letter habis study
  • Minta pengesahan dari gred tak yang dibenarkan mmc.
  • Ada sorang rare sikit, nama di IC nya ada titik noktah, padahal nama dia takde pun sbnrnya. MMC minta buat angkat sumpah di pejabat suruhanjaya. Tak tahu sgt mcm mana prosesnya. So tgk2 la sikit IC tu betul ke tidak๐Ÿ˜‚
  • Nama ikut sebiji IC, contoh perempuan selalu biasa tulis ' bt ' rather than binti kan. Jangan okay.
  • Address di biodata terletak koma dihujung, (ni saya lah ni, dengan ada few juga kwn). Address tu yang hujung sekalii tak payah letak koma, yang in between boleh je. Yang hujung sekali takpayah
  • Terletak poskod dan negeri di column address. Sbb poskod tu dah ada column dia sendiri kan. So address tu stop before yg poskod. And yg hujung sekali jgn letak koma
  • Ada yg upload gambar ni in png format. Katanya kena quiry. So be save pdf je la. Ye tahu, dia tulis png n pdf boleh. Dh ada org kena quiry ni, korang avoid je la. Buat pdf terus
  • Last: Bila korang update new dokumen lepas dapat "quiry from officer", please make sure tarikh tu updated kepada tarikh yg korang upload the dokumen & status tukar semula ke "waiting for review". Kalau, status tulis "DRAFT" maksudnya tak settle lagi, korang tak tick yg perakuan pengesahan (acknowledgement). Jgn buat this mistake, ada kawan tak perasan status tu DRAFT lamaa, effectnya lambat settle spa, lambat dpt intake eho, tak sama dgn kwn batch. 

I think, that's all for steps and QnA for MMC merits application. You guys can ask me more on my social media in profile, if I can help. 

Byee, goodluck ! Inshaallah, saya share guide isi SPA pula lepas ni.  ๐Ÿ™Œ

GUIDE ISI SPA : READ HERE!

May be related:
What i wanna do while waiting for HO: READ HERE!