Pages

Thursday 20 January 2022

STEP ISI BORANG MMC MERIT 2022 (MEDICAL GRADUATE)

 Assalamualaikum and hi guys!


Harini I nak share :

Step penting untuk medical graduates apply MMC 2021/2022

Lepas sahaja grad, you guys kena settle cepat all the outstanding fees, make clearance dekat U untuk dapat status grad. Contoh kalau UIA, kena settle kan library, mahallah, finance, compound. Semua tu kena status clear baru dpt status graduated.

 After that, cepat cepat uruskan untuk minta final transcript dan scroll. 

Sebabnya untuk isi merit ni, korang kena ada 

  • Tarikh final transcript 
  • tarikh dapat degree scroll.
*Tarikh atas ni korang boleh confirm dengan admin U masing2 sebelum isi. Kalau salah isi, susah kena bayar nak ubah.  But to have this too, korang kena settle dululah urus dapatkan transcript dan scroll tu.
 
Bukan tarikh je kena ada,  dokumen tu pun kenalah ada kan
  • final transcript
  • Scroll

Batchmate kitorang alhamdulillah dapat batch leader yang function, diorang yang push everyone untuk clearkan cepat2 clearance dan uruskan final transcript dan scroll. Sebulan juga since grad, baru settle semua orang dapat final transcript dan scroll ni untuk batch kitorang. Untuk UIA, kira cepatlah tu ehh dari kebiasaannya 😂

Okay before that, korang mesti blur flow dia macam mana smpai la blh dpt HO. Macam ni okay

Make clearance U > Final transcript > Scroll > MMC > SPA > EHO>PTM> Hospital orientation > Tagging (HO)

So, batch leader kitorang tlg smpai dapatkan scroll untuk semua orang. From isi MMC and onwards adalah kerja individual. 

Ok dah faham flow, jom tgk isi MMC macam mana.

1. Download this two documents dalam google drive dan fahamkan. Ikut je step nya.


*Sekarang isi mmc merit dan spa semua online, takde perlu hantar hardcopy ke pejabat mereka. Itu system lama. Rasanya kalau ikut step dalam tu, korang dah boleh ikut. 

So bawah ni ada few Q&A yang kitorang tertanya tanya semasa nak isi, dan hope jawapan2 dibawah membantu korang juga untuk isi. 


2. QnA compilations

 Jawapan berdasarkan group tele "preHo info & learning group " dan juga  jawapan terus dari pihak mmc

* Kalau tak join lagi group tele, sila join dan share kat kawan2 yang medical graduate. 
Dalam ni ramai senior2 doktor, Dr Iliana dan lain2 yang membantu.





You guys can just search anything dlm tu, hampir semua jawapan persoalan anda akan ada. Because they too undergo the same process as you before. 

Jika nak verification lebih valid ke, atau tak jumpa dalam tele tu. 
You can contact directly number MMC

                                    0163264985  (Boleh je whatsapp, bahasa melayu pun boleh) Btw, number ni mmg untuk whatsapp je. Jangan call ye.

Okay, now let's go to the Q&A: 

Isu dokumen yang perlu diupload dalam MMC merits


1. Gambar passport putih atau biru?

-Jawapan pihak mmc: Dua2 boleh. Preferable biru. 

2. Original declaration form tu, yang satu helai tu saja atau include borang form 5?

- The only one page declaration form only




3. Bahagian supporting dokumen perlu ke? Atau yang mandatory sahaja. 

-Jawapan pihak MMC: supporting dokumen yang berkaitan juga perlu. 

So, ni list dokumen yang I sediakan untuk dapatkan pengesahan
(Versi local graduate, IIUM, with no medical illness)

1. Salinan IC (untuk bahagian mandatory dokumen)
2.Salinan Sijil SPM (untuk bahagian mandatory dokumen)
3. Salinan Final transcript (untuk bahagian mandatory dokumen)

4. Salinan Scroll ( untuk bahagian supporting detail number 5 ; certified copy of basic medical degree)
5.Salinan Surat dean letter habis study  untuk number 3 in supporting detail 
(Kalau uia, letter ni akan dapat sekali dgn final transcript)

+ original declaration form ( this one isi pakai tulisan tangan je)

*Apa maksud salinan here? All the dokumen like ic, scroll n all you guys scan, pergi minta sahkan from org2 yg boleh sahkan. Then, scan again the salinan with the cop and upload dkt akaun mmc tu. 

Why do I mentioned versi as above? Sebabnya oversea grad ada additional step, same goes kalau ada medical illness you need to have the medical records to be uploaded. 

Oversea grads boleh baca sini http://muujaaa.blogspot.com/search/label/e-HO . She graduates from Zagazig university, Egypt. 


Ingat ya, supporting dokumen pun kena. Ada kawan kitorang yg terhantar yang mandatory je, rupanya mmc nk yg supporting juga. Susah tau, nnti melambatkan proses korang. Once dah terhantar, takleh ubah selagi officer tu tak review suruh tambah.

Isu pengesahan dokumen MMC merits

1. Siapa layak untuk pengesahan dokumen?

-  Jwpan pihak mmc: Pegawai perubatan gred UD44 dan ke atas, pegawai kerajaan gred UD41  dan ke atas

2. Pegawai perubatan private boleh ke sahkan?

-Jawapan dari group tele tersebut : Private tak boleh. 

3. Boleh ke 2 cop dalam satu dokumen? Cop individu yang mengesahkan, dan lagi satu cop tempat bekerja. 

-Boleh. Kalau nak lebih confirm, boleh hntr contoh pada mmc tanya valid atau tak, sebelum upload.

4. Kalau takde cop ayat " salinan disahkan seperti asal" boleh tulis tangan ke? Atau cop sahaja valid?

-Jawapan MMC: Takde pun takpe. Tak perlu tulis. Yang penting cop pengesahan complete. 

Testimoni by saya, yes saya punya takde pun cop ayat salinan disahkan. Lepas sahaja dan lulus dapat SPA letter. Lagipun, MMC dah reassure saya awal2 tu, tak ada pun takpe. Yg penting cop lengkap. 

5. Kriteria cop dan sign yang complete mcm mana?

-Contoh dibawah. Takde poskod pun takpe. Yang penting ada nama, kalau dr kena ada mmc no, nama tempat kerja penuh, daerah dan negeri
-Yang cop saya punya dokumen, consultant OnG hospital, dia pun cakap mana ada org letak poskod🥲😂


6. Berapa lama MMC approve untuk bagi SPA number?

-Jawapan dalam tele : Minimun one month. Can be more. Dia ada proses untuk direview oleh few jawatan smpai lah boleh dapat SPA number. 


So always check the status lepas dah hantar MMC tu, dan mohon bersabar. 

Flow saya sendiri:
27/1 : lengkap dan hantar mmc beserta dokumen semua
13/2: Quiry dari officer : minta betulkan buang koma dekat hujung address ( Rasa macam alahai small matter je kan, tapi dorang mmg detail)
14/2: Review by PT
18/2: Approved. Dapat SPA letter

Proses saya amik masa 23 hari. Kena check setiap hari, sebab tak semua orang smooth je flownya. Kalau ada kesalahan2, akan ada quiry dari officer. 

Dan tak semua orang sama duration untuk approve, ada yang tak smpai dua minggu pun. Dan mmc tak approve ikut turn ye. So if kawan korang isi lagi lambat, tapi dia approve dulu, tu perkara biasa. Redha je😂

7. Antara kesalahan kawan2 yang melambatkan proses diapprove. Saya dah sebut kat atas juga, repeat again to emphasize. Korang boleh tgk, dan jangan repeat. Learn from us🙌

  • Tak isi supporting dokumen: scroll, dean letter habis study
  • Minta pengesahan dari gred tak yang dibenarkan mmc.
  • Ada sorang rare sikit, nama di IC nya ada titik noktah, padahal nama dia takde pun sbnrnya. MMC minta buat angkat sumpah di pejabat suruhanjaya. Tak tahu sgt mcm mana prosesnya. So tgk2 la sikit IC tu betul ke tidak😂
  • Nama ikut sebiji IC, contoh perempuan selalu biasa tulis ' bt ' rather than binti kan. Jangan okay.
  • Address di biodata terletak koma dihujung, (ni saya lah ni, dengan ada few juga kwn). Address tu yang hujung sekalii tak payah letak koma, yang in between boleh je. Yang hujung sekali takpayah
  • Terletak poskod dan negeri di column address. Sbb poskod tu dah ada column dia sendiri kan. So address tu stop before yg poskod. And yg hujung sekali jgn letak koma
  • Ada yg upload gambar ni in png format. Katanya kena quiry. So be save pdf je la. Ye tahu, dia tulis png n pdf boleh. Dh ada org kena quiry ni, korang avoid je la. Buat pdf terus
  • Last: Bila korang update new dokumen lepas dapat "quiry from officer", please make sure tarikh tu updated kepada tarikh yg korang upload the dokumen & status tukar semula ke "waiting for review". Kalau, status tulis "DRAFT" maksudnya tak settle lagi, korang tak tick yg perakuan pengesahan (acknowledgement). Jgn buat this mistake, ada kawan tak perasan status tu DRAFT lamaa, effectnya lambat settle spa, lambat dpt intake eho, tak sama dgn kwn batch. 

I think, that's all for steps and QnA for MMC merits application. You guys can ask me more on my social media in profile, if I can help. 

Byee, goodluck ! Inshaallah, saya share guide isi SPA pula lepas ni.  🙌

GUIDE ISI SPA : READ HERE!

May be related:
What i wanna do while waiting for HO: READ HERE!



Monday 17 January 2022

Spread kindess❤️

 Assalamualaikum!!


Credit: Ig Veranerahouse

Spread kindness

Few times Allah tested me.

 By giving me a person who are there to guide me, but end up guiding with frustration, guiding with raising their voice, guiding by comparing me with others. 

I guess Allah knows me well. Those are type of person who I am very sensitive too. I realized I am soft hearted, which all this affect me much. I hope Allah was meant to reward me for being Sabr. Though, at one point I think I can't

This was my 26 years old post meant for my future self.

----------------------------
If one day I am in higher position, If one day I am in situation where I have more knowledge than others, If one day I am in situation where I had passed a difficult transition in life. 

I would gladly teach those below me, I would answer your questions, I would teach you as much as what I know, I'll be there for you to be a person you're comfortable to come to me without feeling scared of asking. 

I would try my best for not raising my voice in guiding. I would try my best for not making you feeling inferior. I would guide you to be better without you have to go through what I had. 

Because, I was once in your place. I was once a clueless person. I was once not knowing this. Knowing something, or being in higher position does not mean Im superior. It was merely because time goes by, where with time I learn those. I was once in your place. 

I hope I would not change myself regardless on how people treat me. 

--------


Saturday 15 January 2022

Tips Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu (KPP O1)

 


Assalamualaikum!

Hi guys, post kalini khas untuk  geng geng yang baru nak memohon lesen memandu 😂  
Dan tengah mencari :  

Tips lulus ujian komputer.

Lepas dah join ceramah kursus kurikulum yang wajib 6 jam tu, terus ke kaunter kata nak book untuk ujian komputer. Tak silap 4 hari lepas kursus, baru boleh amik ujian komputer.

Contoh, saya haritu kursus hari khamis, hari selasa depan baru boleh amik ujian komputer. 
Kalau kat alor setar ni, ada dua tempat boleh amik ujian komputer. Satu dekat area Hospital Sultanah Bahiyah, haa satu lagi dekat Sahab perdana, kedai nama Rilek sign biru.. 
Hampa google ja tempat tu nanti😂. Saya amik kat Rilek ni ja dekat sikit. 

Pertama sekali, tahu konsep ujian komputer ni.


  Kena lulus 42/50. 

Boleh repeat 3 kali. Lepas dah 3 kali pun gagal juga, boleh amik style bertulis pula. 
Gagal bertulis tiga kali juga, boleh amik ujian lisan. 

Nak repeat tu kena bayar tau. Tak tau la berapa ringgit. Laa soalan senang ja, tak payahlah bagi fail. Kalau nak bantu menjana ekonomi negara bolehlah dipersilakan fail😂

Kedua, tahu tips study ujian komputer ni.

1) Baca buku.

Kalau malas sangat nak baca buku, boleh tak pass? Bolehh tak ada masalah.

2)Hafal jawapan.

Sebab soalan dia sama ja. Kira macam soalan bocor la. 

Mana nak dapat soalan? 
1)Macam kat tempat aku daftar lesen memandu ni, dia ada website bank soalan. 
Ada mode visitor dan student. Yang visitor, semua orang boleh jawab. 
Yang student, yang daftar kat situ sajalah boleh ada password. Kalau tempat daftar korang tak sediakan, jangan risau.  Ada alternatif kat bawah.

2) Buku bank soalan JPJ. Boleh dibeli RM5 kat kaunter pendaftaran. 
Untuk yang suka study jenis kena ada buku, tak suka tengok komputer ka handphone, bolehlah beli. Kalau anda jenis sempoi je, tak payah belilahh, ada banyak kat internet free oopss😆

3) Free tu nak dapat mana? Download apps ni.. 


Haaa jawablah, hafal jawapan. Soalan sebijik serupa. Soalan bocor! Sehari sebelum pun boleh. 
Selamat menjawab semoga lulus okay! 

                                   Tips sehari sebelum ujian komputer!!!!

Amik gambar background putih untuk buat Lesen L. 
Kalau malas sangat macam aku, habis saja kursus 6 jam tu order shopee, bagi ja gambar, cari servise edit gambar lesen. Sebabkan aku order shopee, kena lah order awal. 
Kalau rajin dan nak cepat, pergilah kedai naaa.

Hari ujian komputer
Bawa rm 30 ( Untuk daftar JPJ lesen L), rm 10 ( untuk ujian komputer).
Sampai saja kat pusat ujian komputer tu, dia akan amik gambar kita nak masuk dalam system, kena bayar rm10. Yang ni memang kena amik gambar on the spot, tak boleh bagi gambar kita ada tu.  
Lepas tu jawab la soalan ujian komputer, siap awal boleh keluar awal, kalau yakin. 

Dah dapat result ujian komputer. Korang pergilah pusat JPJ terus, settle buat lesen L.
Macam kat alor setar ni, korang kena pergi JPJ Suka Menanti. 
Download sesiap apps JPJ EQ kat playstore, akak RElA tu kata sekarang dah memang amik nombor ikut apps tu ja.
Dia la yang tolong semua, terima kasih kak rela hiks. 

Dah smpai JPJ, jangan lupa bawa gambar background putih, result ujian, IC, rm30.  Boleh dapat terus lesen L hari yang sama. 

Okay, dah dapat Lesen L. ada lagi nak settle ni. Penat, settle semua dalam sehari. Takpayah fikir dah😂. 

Pastu, kena pergi semula kat tempat mula2 korang daftar lesen memandu tu haaa. 

Kata kat kaunter, saya nak book untuk KPP 02. Bagi lesen L, bagi IC. Nanti dia tanya la, nak buat hari apa. Dah settle, tunggu la hari belajar memandu kat litar pula, yang korang book KPP02 tadi tu. 

Sekian, goodluck guys semoga lulus!

Tips on how to survive Final Professional exam MBBS

 


How to survive final professional exam MBBS (last minute preparation)




Assalamualaikum and Hi guys, 

Yang baca post ni, I guess mesti korang final year medic student kan.. Don't give up, teruskan sikit lagi, the end will be worth it!

Alhamdulillah pada tarikhh 2/12/2021, telah diumumkan keputusan final professional exam MBBS IIUM Class 2021. 

Maha Besar Allah tak mungkin mampu tanpa pertolongannya. Alhamdulillah, mula2 tu acah kental ye tak nangis. Tapi bila nama kena sebut, tetiba sebak mengalir la juga air mata teringat "5 tahun aku susah payah, this is it finally!"😭

Post ini sebenarnya terhasil sebab saya pun pernah berada di tempat korang. 

Nervous, takut, tak yakin, tak tahu mana nak mula, nak study macam mana final professional exam ni.

I searched before dekat google, takde pula jumpa tips dan overview yang spesifik macam mana nak study final professional exam MBBS IIUM haha😂 

And, this post sebenarnya nak bagitau kalau you guys memang rasa tak prepare sangat untuk final pro smpai habis final posting pun tak. Tinggal 2 minggu tu je lagi! Dont worry, with good strategy you can pass biiznillah.

Sebab saya lah orangnya dan my bestfriend yang memang tak prepare for pro, sampailah the last 2 weeks baru kitorang pulun untuk pro😂😂😂 

Because at the end of the day, you just wanna pass the final pro kan! (melainkan yang nak aim P+). So bacalah post ini, kalau korang in that situation. Ataupun you guys lost that 2 weeks study week nak study macam mana. 


To take note, 
1) Tips dan guide ni adalah cukup untuk lulus dan survive. Kalau anda berazam untuk distinction final pro exam, sorryy post ni bukan untuk anda. Anda patut bertanya langsung dengan best student

2)Saya adalah batch 20 MBBS IIUM, yang mana kami adalah yang terakhir mengunakan format lama exam EOP and final pro. 

(tekan gambar untuk besarkan hiks)

Ni pemarkahan format lama, clinical exam kami consist of 
2 modified long case (satu medical based, satu surgical based)
-Close marking system, perlu lulus theory dan clinical. Fail salah satu, consider fail!

3)Jumlah study weeks final pro mungkin berbeza, kami diperuntukkan 2 minggu study weeks untuk final pro

Bila saya start study untuk final pro?  2 minggu. Yes, 2 minggu terakhir itulah saya concsiously study untuk pro. Subconsciously, dari first posting dah ready sikit2, walaupun tak banyak. Tips dibawah ni, how to pass final pro, last minute preparation,with 2 weeks preparations.
Ni semua atas izin Allah juga. That's why I said this guide is merely for you to pass, for you to distinction i'm sorry this is not. Ok jom.

How to start study for final professional exam MBBS IIUM 

1) Kenal cara study sendiri

Dah 5 tahun, patut dah tahu style sendiri. X tahu juga, sila tepuk dada tanya hati lol. Anda efficient study sendiri, atau study group? Ni the first thing you need to know supaya study weeks tu efficient.

Saya sejenis study sendiri.

 How did I know? I tried both. Saya pernah join study group yang gigih pre read sebelum every kelas, sorry tak masuk kepala saya. 2 minggu saya bertahan, sorry saya terpaksa keluar. Know yourself. 
Sebab masa yang terbuang tak masuk pun kepala apa yang dibentangkan kawan tu, masa tersebut baik saya study sendiri... Kan lebih berbaloi masa kuu. 

Saya pernah join study group yang rajin present to revise topik topik sebelum profesional exam, berbulan sebelum pro. Sebab saya insecure nampak function je mereka, sorry jugaa memang tak masuk kepala pun apa yang dibentangkan. Jadi, lesson nya apa sini? Know yourself. 
Takpayah insecure tengok style study orang lain, efficient untuk orang lain, tapi tak untuk anda. 

2 minggu study week final pro
Fokus style sendiri. Suka self study, go on. Suka study group, go on. 
Saya? 4 hari pertama saya recruit kawan untuk study bersama- kami bincang topik clinical yang penting, cuba  jawab soalan examiner yang ditanya dalam compilation past year, revise cara clerk point penting, revise physical exam. 

"Eh tadi cakap study sendiri. Ni rekruit kawan pula?Hipokrit😂".  
Kenapa saya rekruit kawan study bersama 4 hari walau saya suka study sendiri?
  •  To boost your spirit. Bila study bersama, you will feel the stress of not knowing something. You know what you dont know. Ataupun bahasa kasarnya untuk menyedarkan anda "eh bodoh nya aku. Banyaknya tak tahuu😂"Inilah yang akan bantu ada semangat untuk study. Sebab tu juga saya study bersama 4 hari awal, to boost spirit dari awal untuk hari yang berbaki. 

  • To help my friends. Saya rekruit tu semua is my bestfriends. Saya nak tolong diorang, saya tahu nak start study macam mana. Mereka ada yang tak tahu. With them, my plan can go fast. With them, we will pass together. 

  • Ada benda anda boleh study sendiri. Anda benda, anda perlukan kawan. Apa yang saya study bersama kawan 4 hari pertama?
  1. 1)Practise all the PE (basic PE, plus spesifik PE macam kes ortho. PE specific for disease)
2)discussion: More to clinical 
-How to clerk the case of important clinical case yang memang masuk Pro. How to know? Analyse from compilation. You'll know kes yang selalu dijemput, bahkan patient sama. 
-How to answer the examiner questions
  • -Important theory related to the case

6 hari berbaki? Saya study sendiri. Tapi ada masa, saya akan ajar kawan apa yang saya belajar, with intention for me to remember, for her to at least know something. Saya akan tanya, awak dah study ni? Kalau belum, saya akan ajar. 

Cthnya, saya ajar kwn cerebral palsy A-Z. Definition, causes, classification semua up to mx. And soalan2 yg akan dr tnya. Know what, alhamdulillah kwn tu dpt CP masa pro, dan yg saya ajar tu la, the one and only dia study pasal CP. Rezeki dia kan. 

Walaupun, yg kita power topik tu tapi kita x dapat, at least niat kita tolong orang tu mungkin allah akan balas dalam bentuk lain. 

Rajin2 kan la berkongsi dengan orang lain🙌

2)  Plan youy study weeks for final pro exam

Ok take note betul2 bawah ni.
  • Kumpul semua jawapan softcopy compilation (EOP dan final pro) in one folder of google drive. Dari siapa? Dari geng2 yang rajin study group to answer the compilation. Study smart😂 
  • Usually dorang jawab with reasoning too, so you can study too from there. Dan saya kumpul from different groups, you can compare the answers. If consistent, likely true. But youu too have knowledge kan, you might know the answers, but just to be fast. Tak cukup masa dah nak jawab sendiri.

Theory part:

  •  Khatam mcq dan oba final pro compilation tu at max 3 batch.. Khatam mcq EOP posting at max 2 batch. Why? might be repeated dan untuk familiar kan jawapan betul dan salah. 
  • PMP: this one is from hypothesis yang dibuat oleh batch saya. Topik final pro pmp/ senario soalan akan diambil dari  EOP PMP. So, mana yang EOP PMP dah keluar dalam final pro PMP, less likely need to be prioritize, same as mana yang dah keluar final pro. But, still youu need to baca semuaa. At this point, you nak prioritize mana duluu. 
Another tips for PMP is: take your lecturer words seriously. For example, our lecturer cakap " jangan ingat neonate topik tak masuk eh". There you go, revise la topik neonates, check balik senario PMP neonate macam mana yang pernah keluar. What things to be remember. And turn out yes, topik neonate keluar, about HIE something. Are they giving soalan bocor? No, neonate is a a big topic. 

Another lecturer, mentioning ONG, she would not repeat the same questions and topik as before. 
There you go, tengok balik apa yang PMP final pro last year keluar. Then, tak payah bersungguh baca yang tu. 

  • Data picture, Unmanned osce. We do not have manned osce. How to study DPQ? Again, kumpul softcopy jawapan from previous postings EOP even yang specialized posting, dan final pro osce. From where to get this jawapan? Again, minta from the geng study group yang rajin, you can minta junior as well. Khatamkan. 
  • Masa exam DPQ ni nanti, korang akan tend to mix up ni soalan posting apa eh. Sbb nnti terbagi jawapan posting lain pula. So tipsnya, dua meja DPQ satu posting. 
I think done theory part, right. 

Oh lagi satu, sebelum lupa, pasal notes. Okay, at this point of time, nota mana nak baca? 

Untuk saya, nota yang saya prepare dari posting2 lepas. Sebab tu pentingnya buat nota, sebab the way nota tu dibuat berdasarkan pemahaman awak, way of thinking awak, style awak. Semua ni akan memudahkan, sbb awak fahan nota tu nak smpaikan apa.

Tapii, tula tak semua topik masa posting lepas, saya sempat buat nota juga. So yang tak ada nota tu, baca je dari nota2 simplified dari orang lain. Tak payah dah baca buku teks okay. Nota2 dari senior utk final pro mmg sangat membantu juga, especially yg dah analyse soalan apa lecturer akan tanya dan yg mmg buat nota utk final pro, sbb nota akan lebih concise.

Sehari, boleh baca smpai 5 topik. Awal2 untuk orang yang biasanya tak mampu baca sehari satu topik, memang akan rasa tak mampulah. That is because you are being perfectionist macam saya. Awal2 rasa tak boleh, tapi boleh jee, percayalah push yourself. Cuba bayang kalau harini adalah last day, mesti nak baca banyak2 kan🤣


Notes:
MCQ =Multiple choice questions
OBA= One based answers
PMP= Problem based lupa dah
DPQ= Data picture questions

Clinical part

  • Make list important clinical cases yang keluar final pro according to postings. How to know? Analyse your compilation. Case apa yang ada, patient mana yang dijemput selalu setiap tahun final pro. Also, patient yang pernah dijemput untuk exam EOP before. Because all this patient yang chronic case dan stable, likely dijemput again. Analyse the history yang mana ada dalam compilation tu, analyse the questions of the examiner and find the answers.
Semua ni bonus. I would say, sayang la kalau you tak prepare. Patient semua ni known case selalu dijemput. The questions from examiner is there, the history is there walaupun tak lengkap. Please okay analyse kes apa selalu dijemput.

  •  Practise PE of the important clinical cases and all PE. Even patient dijemput yang dishare dalam compilation, try to imagine the finding and the script
  • Of all the cases, you need to practise how to clerk, how to examine, ix, mx and the probable questions. Questions from where? Again compilation
That's all kot the tips academically. Of course, spiritually semua you know already kan. Solat hajat, doa banyak2, minta  parents doakan and all that. 

For clinical part, our format is 2 modified cases. One medical based, one surgical based. 

Medical based: IM, paeds, psychiatry
Surgical based: Ong, Surgery, Ortho

So during the day of exam, how did I know this case medical ke surgical? See who is the examiner. 
Of course ada internal examiner and external, you mestilah kenal kan internal examiner, your own lecturer. Guess lah, you mesti tahu ni medical or surgical. 
One modified long case, got 2 or more examiners.

In my case, I started with surgical based and it's ortho. How I know? Both are internal examiner, one is surgery and one is ortho. And I heard they conversed to each other, " Start ortho dulu". there you go, mine is ortho. 

Medical base, I got psy lecturer and IM lecturer. Also, I heard the psy lecturer mention to person in charge, to find psy patient. There you go, psy. 


I think that the tips that I can give. Overall, after all the exam done, you should already know how your perfomance is supossedly. 5 years you exam kan, you tahu baseline performance you macam mana. Like Ohh I pernah buat lagi teruk, yet I pass. Ohh this is how I performed previously, I fail. 

Lastly, that's all from me. Semoga berjaya my adik adik junior of IIUM medical student and other universities as well. Believe in yourself, you can do it. Even if you think you cannot, pray to Allah, with Allah's will nothing is impossible. Good luck my future collegues. 

Okey, jom tengok few photodump masa pengumuman result and OTC.



 suasana pengumuman keputusan final pro exam. 
Warga UIA kuantan cuba teka kat mana??
Yes, ofcourse
Exam Hall Kom tercinta. 32 exams ambil dalam ni

Tips: Jangan lupa amik video nama disebut.
Memory kot!
Nama akan disebut ikut turutan matric card dalam batch.
So dah boleh get ready, sebelum nama you siapa haha😂


Esoknya dah oath taking ceremony. 
Pakai robe and mortar board. Feeling konvo gitu!

Okay, cukup tak nak naikkan inspirasi korang? Takdelah inspirasi mana pun lol. Saya pun average student je yang berusaha untuk lulus. 


Truly,
Dr. S.I.W
(MBBS IIUM Class 2021)

Side note: If you are reading this early on your final year or even months before pro, you might want to read the tips from our distinction students on her ig highlight @farahzulaikhazainuddin